Followers

Tuesday, August 28, 2012

Aktiviti Syawal ke-5 kami :)

Masa 5 Syawal hari tu, tiba tiba salah seorang BFF aku, Mia call aku cakap nak datang rumah sebab nak ambik resume. So, Mia pun datang rumah aku. Mia parking motor kat situ dan aku pun drive ke rumah Nisanasuha lak sebab nak ambik resume dia sekali. Kat rumah Nisanasuha lak sempat lunch nasi lemak Nisanasuha masak sendiri! hehe Alang2 dah kat Nilai tu, apa lagi ! Kitorang pun habiskan masa bersama kat pusat karaoke. Beli 1 jam dapat 1 jam free sebab ada kupon.


Yang tudung pink : Mia and Yang tudung merah hitam tu NisaNasuha.
Errr selekehnya aku time ni arghhhh~


Dapat gak lepas rindu sekejap

:)


Sunday, August 26, 2012

Ini dilema aku

Speechless . Heartless.  

Kalau bercinta tu mendekatkan aku dengan Dia, aku rela bercinta. Tapi bercinta tu buatkan aku abai Dia.
Sebab aku khayal disayangi oleh cinta manusia yang tak pernah kekal.

Setiap kali aku bercinta, ini yang aku rasa. Sekarang hati aku dah takde. Ya dah takde. 

Bukan aku sengaja tinggalkan dia. Tapi keadaan memaksa. Aku tak suka gaduh nangis2. Selepas aku bercinta dengan dia, bila gaduh je aku dah macam jadi perempuan meroyan. Satu sifat yang tak pernah aku lihat ada dalam diri aku. Satu sifat yang kawan2 baik aku pun tak pernah nampak. Satu sifat yang buatkan keluarga aku rasa aku dah berbeza. Aku meroyan sampai macam tu bukan sebab aku terlampau sayangkan dia. Tapi cara dia boleh buat aku jadi gila. Susah bila pendapat berbeza. Susah bila nak terangkan sesuatu tapi orang tak faham. Susah bila orang susah nak faham perasaan kita dan apa yang kita cuba sampaikan.

Dulu aku pernah sayangkan dia. Cintakan dia. Buat apa je untuk dia. Sebab dia dah buat apa je untuk aku. Mungkin dia rasa hubungan ni tergantung. Bagi dia, aku masih tak bagi kata putus. Tapi sebenarnya dulu aku dah selalu bagi kata putus.

Aku sebenarnya dalam dilema. Bagaimana nak teruskan hubungan ni kalau aku rasa nak marah bila cakap dengan dia. Seolah olah aku dah hilang respek dengan dia. Aku dah takleh cakap lembut dan manja. Aku jadi tak terkawal dalam sedar. Kadang2 aku rindu dia. Memori indah aku bersama dia. Aku rindu semua. Aku rindu layanan keluarga dia. Allah je tau betapa aku rindu semua itu. Aku ingat semua janji2. Tapi hati aku. Dah takde. 

Sekarang, aku cuma redha pada jodoh. Pada takdir Dia. Kalau dia yang terbaik untuk masa depan aku. Aku terima. Tapi bukan dengan cara bercinta. Tapi biarlah kami disatukan dengan ikatan yang sah. Bila masa itu tiba, kami masing2 dah ada kerja tetap yang boleh menjamin masa depan kami dan keturunan kami. Kalau jodoh aku bukan dia, perkara sama gak la aku harapkan. Ikatan yang sah dan sesuatu yang InsyaAllah boleh menjamin masa depan kami dan keturunan kami. 




Friday, August 24, 2012

Hai ! Meh mencekik kat Restoran Koryo Won,KLCC :)

Walaupun laptop aku lembab nak mampus. Tak kira! Tak kira! Aku nak update gak blog. Bosan gila bila dah lama sangat duduk rumah. Menternak lemak memang nikmat tapi bila badan dah macam tong tu yang tak nikmat.


Tadi aku, mak dan adik makan malam kat Restoran Koryo Won. Satu restoran korea kat KLCC ni. Tapi sebelum tu, adik aku yang drive dari Sepang sampai KLCC. Aku pun boleh drive tapi sebab tadi aku tak jumpa cermin mata aku, jadi aku malas nak drive. Nanti susah pulak nak fokus. Mak aku habis kerja dalam pukul 5.30petang. Masa kitorang sampai tu dalam pukul 4 lebih camtu.


Sampai2 je terus pergi surau dan solat Asar lepastu baru jalan2. Tapi masa tu kitorang berdua taktau nak jalan pergi mana. Haha KLCC mahal kot. Mana mampu. So,aku dan adik pun melepak la kat foodcourt yang bahagian tengah. Aku hanya pekena ABC durian dan adik aku tak makan pape sebab dia takde selera masa tu. Lepastu, baru kitorang jalan2 masuk kedai Sony, Samsung dan Nokia. Try2 gadjet yang ada.


Bila mak aku dah call, baru kitorang pergi restoran tersebut bahagian atas sekali yang belah hujung. Situ restoran makanan korea. Agak mencabar la harga makanan kat situ. Tapi makanan kat situ sangat berbaloi dengan harga. Tak sama dengan makanan kat restoran korea yang aku pernah pergi sebelum ni. 


Ni makanan aku. Aku suka gila makan ni ! Ddukbokki :9 nyamnyam
Tapi yang best ddukbokki ni sebab ada ramen dan rice cake yang serius paling lembut pernah aku rasa! hiks :)

Yang ni pancake korea. Aku lupa nama makanan ni dalam Korea.

Me & my lil'sista ! amizayul :)


Kalau korang pergi restoran korea dan order set bulgogi, wajib dapat side dish ni
kecuali daging yang gambar ketiga tu :)

Jom mencekik ! :9 nomnomnom
Kalau korang berminat nak rasa tempat ni gak. Ni alamat dan contact number :) Boleh preview kat sini gak :-


Quick Info
AddressLot 418-419, Ramlee Mall 
Suria KLCC, 
Kuala Lumpur City Centre, 
50088 Kuala Lumpur, 
Malaysia.
Contact03 2171 2189, 03 2166 6189