Kalau bercinta tu mendekatkan aku dengan Dia, aku rela bercinta. Tapi bercinta tu buatkan aku abai Dia.
Sebab aku khayal disayangi oleh cinta manusia yang tak pernah kekal.
Setiap kali aku bercinta, ini yang aku rasa. Sekarang hati aku dah takde. Ya dah takde.
Bukan aku sengaja tinggalkan dia. Tapi keadaan memaksa. Aku tak suka gaduh nangis2. Selepas aku bercinta dengan dia, bila gaduh je aku dah macam jadi perempuan meroyan. Satu sifat yang tak pernah aku lihat ada dalam diri aku. Satu sifat yang kawan2 baik aku pun tak pernah nampak. Satu sifat yang buatkan keluarga aku rasa aku dah berbeza. Aku meroyan sampai macam tu bukan sebab aku terlampau sayangkan dia. Tapi cara dia boleh buat aku jadi gila. Susah bila pendapat berbeza. Susah bila nak terangkan sesuatu tapi orang tak faham. Susah bila orang susah nak faham perasaan kita dan apa yang kita cuba sampaikan.
Dulu aku pernah sayangkan dia. Cintakan dia. Buat apa je untuk dia. Sebab dia dah buat apa je untuk aku. Mungkin dia rasa hubungan ni tergantung. Bagi dia, aku masih tak bagi kata putus. Tapi sebenarnya dulu aku dah selalu bagi kata putus.
Aku sebenarnya dalam dilema. Bagaimana nak teruskan hubungan ni kalau aku rasa nak marah bila cakap dengan dia. Seolah olah aku dah hilang respek dengan dia. Aku dah takleh cakap lembut dan manja. Aku jadi tak terkawal dalam sedar. Kadang2 aku rindu dia. Memori indah aku bersama dia. Aku rindu semua. Aku rindu layanan keluarga dia. Allah je tau betapa aku rindu semua itu. Aku ingat semua janji2. Tapi hati aku. Dah takde.
Sekarang, aku cuma redha pada jodoh. Pada takdir Dia. Kalau dia yang terbaik untuk masa depan aku. Aku terima. Tapi bukan dengan cara bercinta. Tapi biarlah kami disatukan dengan ikatan yang sah. Bila masa itu tiba, kami masing2 dah ada kerja tetap yang boleh menjamin masa depan kami dan keturunan kami. Kalau jodoh aku bukan dia, perkara sama gak la aku harapkan. Ikatan yang sah dan sesuatu yang InsyaAllah boleh menjamin masa depan kami dan keturunan kami.


No comments:
Post a Comment