I'm tired of ?
Ouch penat sungguh hari ini. Pagi pagi bangun lepas subuh terus mandi. Then, iron baju dan lain lain. Dalam pukul 9 baru sampai kolej. Nasib baik rumah dengan kolej takdelah sejauh mana pon. Dalam pukul 12 macam tu baru start resit exam untuk paper yang kedua. Peperiksaan merangkak dalam 2 jam 30 minit bersamaan 100 soalan. peh. Mana tak menggigil aku menjawab dengan tak makan pagi langsung.
Exam habis dalam pukul 3 petang macam tu. Masa yang lebih dalam 30 minit masa dalam exam hall tadi dihabiskan dengan bebelan pengawas peperiksaan dengan edaran kertas soalan. ceh. Habis exam terus cepat cepat pergi Giant Nilai tu cari adik aku yang buat part time kat situ sebab nak ambik barang. Dalam pukul 3.30petang baru cari bengkel kereta sebab nak servis kereta Viva baru adik ni. Memandangkan adik aku kerja, maka aku yang kena buat. Disebabkan ini kali pertama hantar kereta ni servis kat bengkel tersebut, oleh itu perkara wajib iaitu sesat sesat barat telah berlaku.
Pukul 4 petang baru sampai bengkel tersebut. Keluar je dari kereta, peh rasa basah gila uniform student nurse yang aku pakai tu. Tak sempat tukar lepas balik terus dari exam. Mana taknya dah buat appointment servis kereta sepatutnya pukul 2 petang. Tapi exam start lambat, jadi lambatlah datang. Kereta habis diservis dalam pukul 5 petang. Badan dah rasa hypo sangat. Cuaca memang terbaik la. Rasa macam matahari atas kepala je. Mandi peluh pun ada. Dalam perjalanan balik memang rasa menggigil sebab tak makan langsung dari pagi. Nasib baik ada MCD drive thru yang berhampiran. Alhamdulillah.
Akhirnya balik rumah terus terbongkang jadi ular sawa. demm
1 comment:
babe, group 38 yer? i group 3/JB nice to meet u ;)
Post a Comment