Followers

Monday, April 23, 2012

Preview kot

Aku kena padamkan tulisan silam aku sebab aku dah bosan dan malu baca tulisan silam aku. Ingatkan nak berhenti berblog tapi manalah orang macam aku mampu tahan batin sendiri. eh? Mukabuku aku dah selamat dikorbankan. Twitter aku pun sama. Semua dah aku padamkan. Tapi aku jenis manusia yang memang aktif social network sejak tingkatan 3 manalah mampu menahan semua ini. Tapi terpaksa. Aku ada berokbeng tapi tak dapat digunakan selepas semua tu dipadamkan. Laptop aku sendiri pun rosak sebab overdose kot. Maka, berokbeng kesayangan tu mampu aku pinjamkan kepada kawan kawan yang nak pinjam untuk mereka mereka dan mereka tengok mukabuku diorang ke, blog diorang ke, dan twitter diorang.


Aku gak dah bukan camwhore macam dulu. Sudah lama bersara. Well . Sekarang aku suka Korea. Eh tetibe je ? Yeah tapi inilah kenyataan. Aku layan running man puas2 sampai tak study. Lepas tu aku tengok cerita korea tu cerita korea ni. Tapi lagu korea je aku belum minat layan. Seronok gila bila layan semua ni. Dulu pun aku tak berminat dengan orang orang yang gila kpop ni. Ambik kau. Mana nak tahan nafsu bila mak dan adik aku tak habis2 tengok cerita korea. Masak makanan korea. nyam nyam Balik rumah je,aku nak makan ddeokbuki yang mak aku buat. Memang ohsem ! Sekarang ni hidup aku tak habis habis Korea walaupun sekarang ni kat Malaysia.



Bila aku layan drama Korea. Oh deng. Tak sama sekali macam drama Melayu. Drama Melayu pun best gak. Dulu aku sorang je suka layan drama Melayu dalam rumah ni. Sampai mak aku pun cakap, ''KALAU ANGAH BALIK JE BARU TV NI ADA DRAMA MELAYU'' . Tapi sekarang tidak lagi. Aku dah berminat drama korea. Tak cukup dengan tv KBS World, One HD. Aku online pulak Kshow.net,kimchidrama,koreandrama.org. Aku rasa aku dah addicted. Aigo. Betul cakap orang, jangan tak suka tak suka nanti sangkut padan muka. Kan dah kena.


Aku suka ni ! :P






No comments: