Followers

Thursday, July 5, 2012

Hai saya jururawat terlampau :P

Last aku update . ermm 6 Mei. Hari ini 5 Julai. Nampak tak permainan aku tu? Permainan kemalasan yang teramat sangat. Especially bila rajin layan twitter ni. Lagi aku malas nak update.


Masa 13 Jun 2012, itulah hari penentu aku setelah aku berjuang susah senang bersama kawan kawan sekelas aku selama 3 tahun ini untuk menjadi seorang jururawat. Kami semua menduduki peperiksaan Lembaga Jururawat Malaysia (LJM). Pertama kali aku buat peperiksaan dengan bersungguh sungguh. Siap check balik satu satu jawapan. Check balik setiap soalan. Peh sebab taknak gagal punya pasal. 


Malam tu pulak,kami raikan perpisahan kami yang menghadapi susah senang hidup bersama sama sebagai 'student nurse' selama 3 tahun ni. Maka perkara biasa wajib dilakukan adalah FAREWELL PARTY. Farewell party kami ini bertemakan MASKULIN untuk lelaki dan ELEGAN untuk perempuan. Tapi ala2 Spain gituuu. Farewell party kami ni diadakan kat The Royal Bintang Seremban Hotel. Sila bagi tepukan gemuruh. Jangan memalu.



Malam farewell party bersama kroni.
Ce cari mana satu aii ? hikhok


Tak lama kemudian, masa 20 haribulan 6 keputusan peperiksaan tu keluar akhirnya. Tapi kolej taknak bagitau lagi. Keesokan harinya,madam Zaza yang sebagai lecturer incharge kami bagitau kat mukabuku dah boleh call kolej lepas pukul 9 untuk tau result LJM memasing. Ya Allah masa tu Allah je tau perasaan cuak aku ni. Rasa macam nak kena sunat pun ada. Eh? Masa mandi tu aku nyanyi je macam macam lagu sebab cuak sangat. Lepas tu asyik dok meroyan sana sini. Dalam hati ni,dah macam macam doa aku dok baca je nak tenangkan hati. 


Bila dah pukul 9,aku rasa cuak gila nak call kolej. Aku call je,line kolej busy. Mesti dah ramai call. Last last mak aku yang call kan untuk aku. Eh dapat pulak bila mak aku call. Aku pun dengan cuak memulakan perbicaraan dengan madam yang jaga exam unit tu. Selepas dia tanya ic aku dan macam macam lagi,baru dia cakap macam ni,''Tahniah Amirah.Awak lulus''.Ya Allah time tu rasa nak gugur jantung aku. Dah la kat kedai makan time tu. Nak je aku sujud syukur kat situ gak. Aku terus terlompat macam beruk dapat coca cola.






Dah dapat lesen untuk jadi jururawat akhirnya. hihi. Sekarang masa untuk cari kerja pulak. Doakan aku dapat jadi jururawat yang baik tau kawan kawan. :)


Sekian. 






No comments: