Followers

Wednesday, August 22, 2012

Selamat Hari Raya :)



Ecececeh tak sangka dah hari raya. Sempena hari raya yang sangat mulia ini, berat badan aku tak berapa mulia. Maklumlah menaik mendadak hendaknya bila dah masuk Syawal. Ish ish terukkan ?


Manalah nak cari istilah diet dalam dalam awal bulan syawal ni? sobsob. Sana sini makanan. Masa 1 Syawal, macam biasa meriahlah kami atok nenek mak pak anak beranak saudara saudari cikebum cikebum memeriahkan suasana rumah atok ni. Tapi tahun ni agak kurang meriah tanpa arwah nenek. Yang pergi tetap takkan kembali tetapi sentiasa diingati. Marilah aku kongsi gambar gambar kemeriahan tersebut. 


Yang ni baru 3 keluarga. Ada lagi 3 keluarga yang masing masing kat rumah mertua


Ni gambar ketupat sebelum dimasak. 

Adik aku dan aku. Cun pulak dalam gambar. agaga

Ni keluarga mak ngah yang datang lambat. Datang lepas mahgrib ni. ehehe

Ni Amsyar Yat. Adik sepupu aku. Baru setahun 2 bulan. Kami panggil dia TOP Bigbang.
Kadang kadang renungan dia dah macam Top kot :P

Ni berbuka puasa malam kedua terakhir Ramadhan bersama keluarga yang ada.
Jangan tengok orang. Tengok juadah. Tema makanan berbuka haritu adalah masakan thai. 
Amsyar Yat time happy hiks! 

Antara adik2 sepupu aku !

Yang ni Aimran. Pun adik sepupu den.

Yang sebelah aku ni Iman. Masa kecik2 aku jaga dia la. Nakal sungguh.

Okay yang ni adik sepupu aku. Umur 2 tahun macam tu.
Nama dia Alia. Banyak cakap gak ni. 

Antara adik sepupu aku yang lain :)

Hah . Yang ni abang Alia. Nama dia Aizat. Umur dalam  4 tahun.
Lagi banyak cakap.
Okay ambik sekali lagi dengan Amsyar Yat.
Tapi masa ni dah tengahari. Masing2 dah penat.



Okay tu jela kot. 
SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN :)


No comments: