Nak story satu menda ni. Aku start dalam akhir bulan November 2008 kalau tak silap aku. Masa tu blog aku punya link : antaramimpidanrealiti.blogspot.com . Lepastu aku dah malas nak update blog masa last tahun lepas. Aku hide kan blog aku ni.
Tak lama kemudian, aku rasa nak update balik tapi taknak guna blog ni. Aku buat satu lagi blog yang linknya macam ni : knockknockkiller.blogspot.com . Tapi tak best lak rasa. Aku delete blog tu dan guna blog ni. Buang entry lama dan tukar link jadi : meiaiboroyurs.blogspot.com . Tapi link ni macam pelik lak. So, sekarang aku tukar link blog aku jadi macam ni : sayabelogger.blogspot.com . Aku senang sikit nak ingat. Tapi aku tetap rindu blog pertama aku. huahuahua
Tu jela ceritanya. Anyway, aku banyak belajar blog tutorial dari macam macam blog. Antara yang aku ingat :-
1. Blog Lyssa Faizureen yang comel molek ni :)
Korang boleh belajar macam tutorial dari blog ni. Korang gak boleh dapat banyak tips daripada Lyssa :)
2. Blog wan hazel :D
Kat sini lak aku banyak belajar pasal photoshop. Serius best. Nak buat doodles yang comel2 pun boleh hee :)
Dan juga blog blog lain yang best. Banyak tau blog yang share tutorial ni. Nanti aku update kalau ingat :)
Thursday, August 23, 2012
Wednesday, August 22, 2012
Selamat Hari Raya :)
Ecececeh tak sangka dah hari raya. Sempena hari raya yang sangat mulia ini, berat badan aku tak berapa mulia. Maklumlah menaik mendadak hendaknya bila dah masuk Syawal. Ish ish terukkan ?
Manalah nak cari istilah diet dalam dalam awal bulan syawal ni? sobsob. Sana sini makanan. Masa 1 Syawal, macam biasa meriahlah kami atok nenek mak pak anak beranak saudara saudari cikebum cikebum memeriahkan suasana rumah atok ni. Tapi tahun ni agak kurang meriah tanpa arwah nenek. Yang pergi tetap takkan kembali tetapi sentiasa diingati. Marilah aku kongsi gambar gambar kemeriahan tersebut.
![]() |
| Yang ni baru 3 keluarga. Ada lagi 3 keluarga yang masing masing kat rumah mertua. |
![]() |
| Ni gambar ketupat sebelum dimasak. |
![]() |
| Adik aku dan aku. Cun pulak dalam gambar. agaga |
![]() |
| Ni keluarga mak ngah yang datang lambat. Datang lepas mahgrib ni. ehehe |
![]() |
| Ni Amsyar Yat. Adik sepupu aku. Baru setahun 2 bulan. Kami panggil dia TOP Bigbang. Kadang kadang renungan dia dah macam Top kot :P |
![]() |
| Ni berbuka puasa malam kedua terakhir Ramadhan bersama keluarga yang ada. Jangan tengok orang. Tengok juadah. Tema makanan berbuka haritu adalah masakan thai. |
![]() |
| Amsyar Yat time happy hiks! |
![]() |
| Antara adik2 sepupu aku ! |
![]() |
| Yang ni Aimran. Pun adik sepupu den. |
![]() |
| Yang sebelah aku ni Iman. Masa kecik2 aku jaga dia la. Nakal sungguh. |
![]() |
| Okay yang ni adik sepupu aku. Umur 2 tahun macam tu. Nama dia Alia. Banyak cakap gak ni. |
![]() |
| Antara adik sepupu aku yang lain :) |
![]() |
| Hah . Yang ni abang Alia. Nama dia Aizat. Umur dalam 4 tahun. Lagi banyak cakap. |
![]() |
| Okay ambik sekali lagi dengan Amsyar Yat. Tapi masa ni dah tengahari. Masing2 dah penat. |
Okay tu jela kot.
SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN :)
Friday, August 3, 2012
First time
Hari ini aku pergi hantar 3 ekor anak kucing aku yang baru berusia 3 minggu pergi klinik. Sebab mereka dapat conjuctivitis. Masa kat klinik, aku tengok doktor bagi treatment kat anak2 kucing ni. Ada satu anak kucing ni mata sebelah dah bengkak. Masa doktor lapkan mata kucing tu, tibe tibe doktor tekan dan terkeluar biji mata anak kucing yang sebesar kismis tu.
Aku tak expect langsung yang doktor akan korek biji mata anak kucing tu, aku tergamam sekejap. Aku ingat aku akan okay sebab aku dah biasa tengok macam2 jenis benda yang lebih kurang macam tu masa praktikal kat hospital selama 3 tahun ni. Masa lepas doktor bagi treatment, doktor terangkan kat aku macam mana nak bagi ubat antibiotik kat anak anak kucing tu. Ya Allah, seriously masa tu aku rasa lain macam. Aku ingatkan hati aku rasa tak sedap sebab dah lambat jemput adik aku dari sekolah.
Rupa rupanya, tu la rasa nak pitam. Mungkin aku jarang sangat rasa nak pitam. Aku terus rasa nak muntah. Aku tanya doktor mana tandas. Masuk je tandas terus terkeluar gastric juice aku huahuahua
Teruknya aku ni. Macam mana la nak jadi jururawat nanti. Tapi serius mungkin ini unexpected. Baru aku ingat, hampir 6 bulan aku tak masuk hospital. Ouchh Bahaya ni. Kang bila dah start kerja kang, risau aku rasa janggal lak macam hari ini mungkin.
Nak disambungkan cerita, masa sampai kat rumah lak. Seekor anak kucing ni kepala tersekat kat lubang udara kotak untuk kucing tu. Aku try tarik perlahan lahan, takleh pulak dah. Nasib baik kotak biasa, aku gunting kan je kotak tu untuk keluarkan kepala anak kucing tu. Nasib baik dapat. Kalau tak, mati anak kucing tu. Dah la yang tu paling comel.
Begitulah cerita hari ini yang errr . . .
tags:
kucing
Subscribe to:
Posts (Atom)
















